Thursday, 29 December 2011

SEGALANYA MUNGKIN

hari ini mungkin tak seindah yang disangka . cuaca yang terang tanpa rintik hujan membuat hatiku tidak bahagia . hatiku seolah-olah dilanda hujan lebat ditanbah pula dengan guruh dan petir sehingga menerbangkan atap-atap rumah . hatiku begitu sedih dan perit menerima segala yang berlaku . entah mengapa aku selalu menyoalkan akan ketidakadilan yang terpaksa aku lalui .

kenapa hatiku sering kali disakiti oleh insan bernama lelaki . tidakkah sedikit pun mereka berasa apa yang dirasai oleh hatiku ini . andainya aku mempunyai kuasa sudah pasti akan aku pastikan pengkianat cinta itu berada di tempatku dan rasailah apa yang ku rasa . .

bagaimana sakitnya rasa itu . barulah golongan bernama lelaki ini lebih menghargai kaum hawa dan rasa cinta yang dicurahkan . ingin sekali aku luahkan yang aku begitu mencintainya . ingin sekali aku biarkan dia merasai cintaku tetapi bagaimana harus aku luahkan sedangkan terdapat pelbagai sempadan yang memisahkan ? terdapat dinding tinggi yang menghalang lontaran suaraku . aku pasrah dengan apa yang berlaku . mungkin ini dinamakan ujian dan aku menerima apa yang berlaku dengan redha . ada pengajaran di sebalik yang berlaku . mungkin satu hari nanti aku akan ktemu dengan lelaki yang mencintai ku sepenuh hatinya . segala-galanya mungkin . . . .


idea datang dari mimpi la . . haih jiwanglah sial haish benci

No comments:

Post a Comment